25 Ogos, 1999 - Pindaan tarikh kes perbicaraan Rahim 'Anjing' Noor yang akan didakwa memukul DSAI secara 'pondan' dan dayus yang telah ditetapkan pada 20 September akan datang kepada hari ini dilihat sebagai 'muslihat baru' kerajaan BN untuk meraih undi implikasi keputusan yang bakal diperdengarkan diakhir perbicaraan ini kelak.
Adalah tidak mustahil mahkamah akan memutuskan keputusan 'bersalah' terhadap Rahim 'Anjing' Noor untuk meredakan kemarahan penyokong DSAI yang kian mendatangkan ancaman kepada UMNO dan sokongan terhadap mereka.
Kes yang disebut pada pertama kalinya itu, telah menetapkan 20 September, iaitu setahun setelah DSAI dibelasah Rahim 'Anjing' Noor dengan cara 'pondan dan dayus' oleh hakim Mahkamah Syesen, Hamdan Indah. Rakyat akan mengadili sekali lagi sistem keadilan dan kehakiman negara ini apabila 'pengakuan' Rahim 'Anjing' Noor menjadi ukuran kepada keputusan yang bakal diputuskan kelak.
Rahim 'Anjing' Noor akan dituduh di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Bagimanapun, tuduhan itu dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum adalah separuh daripada yang dikenakan di bawah Seksyen 325.
Cabaran keadilan sistem kehakiman dan perundangan negara bermula dalam kes ini setelah Rahim 'Anjing' Noor dibebaskan tanpa ikat jamin