MENGAPA 'ANJING', TITLE YANG DIBERIKAN

25 Ogos, 1999 - Rahim 'Anjing' Noor mendakwa DSAI memanggilnya 'Bapa Anjing'. Begitulah dakwaan Rahim 'Anjing Noor' (RAN) yang menyebabkan mengapa beliau memukul DSAI. Namun persoalan timbul, pertama mengapa perkataan dibalas dengan tumbukan dan kedua jika mahu memukul mengapa dalam keadaan dayus (mata DSAI ditutup dan tangan digari)?

Allah berfirman dalam Al-Quran bermaksud:

"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami telah berikan  kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al-Quran), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu , lalu dia diikuti pula oleh syaitan (sampai dia tergoda) , maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki , sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu , tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dijelirkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah agar mereka berfikir" - AlA'Raaf:175 & 176

Allah telah menganugerahkan 'title' tersebut sebagaimana firman di atas kepada mereka yang dimaksudkan. Kepada sekelian muslimin muslimat, marilah kita menerima pengajaran daripada kejadian di atas yang bersesuaian pula dengan ayat 175 & 176 surah Al-A'Raaf, mudah-mudahan kita beroleh perlindungan dan petunjuk. Wallahu'alam

MINDA RAKYAT