Rakyat Terus Membantah!!!

26 Ogos, 1999 – Lebih 500 orang penduduk Kg. Kuala Kuang, Chemor, Perak berhimpun dalam satu perhimpunan aman di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pagi ini mulai jam 11.00 pagi ini.

Perhimpunan ini adalah bertujuan membantah sebuah kilang getah Chip Lam Seng yang beroperasi di bersebelahan Kg. Kuala Kuang, Chemor dan menimbulkan bau busuk hingga sejauh 2 kilometer dari kawasan berkenaan. Mereka meminta Ramli Marcos mengambil tindakan sewajarnya seperti memindahkan kilang tersebut. Bau busuk itu lebih ketara terutama di musim hujan.

Perhimpunan ini membuktikan bahawa Ramli Marcos sememang pemimpin tidak berjiwa rakyat. Dalam siri perhimpunan yang diadakan oleh pelbagai kaum di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, tidak pernah walau sekali pun Ramli Marcos turun ke jalanan bertemu rakyat dan meminta mereka bertenang atau bercakap dengan penduduk kampong.

Kg. Kuala Kuang, Chemor terletak di dalam ADUN Manjoi di bawah Nazri Ismail dan Parlimen Tambun Haji Husni Hanadzlah. Kepada rakyat kedua-dua calon dari parti BN ini sudah tidak relevan dan mereka sudah berazam untuk menolak kepimpinan BN yang tidak mengindahkan nasib rakyat yang kian terhimpit di arus pembangunan.

Minda Rakyat akan cuba membawa 'edisi khas' bagi paparan semua tentang pembangunan yang dilaksanakan secara tidak teratur di seluruh negeri Perak hingga menimbulkan rasa kurang senang rakyat dan wujud suasana kegelisahan di kalangan mereka, terutama yang melibatkan kilang-kilang getah.

Kejadian yang menimpa penduduk Selama, Perak juga adalah sama seperti penduduk Kg. Kuala Kuang dari Kilang Getah Heap Heng, yang suatu masa dahulu pernah dipaparkan dalam ruangan ini (Minda Rakyat).

Begitulah antara cetusan hati nurani rakyat dan sesungguhnya Minda Rakyat adalah milik anda dan ruangan yang dicetuskan ini untuk anda menyatakan pendirian anda terhadap sesuatu yang anda sanjung atau benci!!

MINDA RAKYAT