FRU Cemari Perhimpunan Aman
26 Ogos, 1999 – Kehadiran 3 trak FRU (Unit Simpanan Persekutuan) ke Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh tengahari ini telah mencetuskan suasana tidak selesa kepada para demontrasi yang sedang berhimpun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Para penunjuk perasaan bagaimana pun masih berjaya mengekang suasana daripada timbul sebarang insiden yang tidak diingini, walau pun menerima tekanan supaya bersurai dari pihak polis.
Pihak polis juga sampai dengan beberapa buah kenderaan untuk mengawal keadaan dan bertindak menutup pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan (lama dan baru) dan sebarang kenderaan masuk ke kewasan berkenaan adalah tidak dibenarkan.
Kehadiran FRU hanya mengeruhkan suasana perhimpunan aman tengahari ini yang memperlihatkan kepada rakyat sekali lagi bahawa pihak polislah yang telah mencabul Perlembagaan Persekutuan fasal 10 yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman.
Sementara itu ahli panel peguam parti DAP yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, M Kulasegaran telah sampai untuk mententeramkan para demontrasi.
10 orang wakili penduduk telah diiringi oleh para pegawai polis untuk masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan pertemuan dengan Ramli Marcos. Perkembangan mutakhir, insyaAllah akan dibawa dalam edisi khas nanti.