Bukti Kesekian Kalinya Ramli Marcos Sudah Tidak Relevan
26 Ogos, 1999 – Bantahan demi bantahan yang berlaku sepanjang tahun 1999 sudah cukup membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Ramli Marcos. Beliau bukan sahaja seorang yang bertindak mengikut nafsunya, tetapi juga lebih mementingkan kroni-kroninya sahaja. Sudah lebih 5 atau 6 kali siri bantahan sepanjang tahun ini di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan, namun beliau tidak mengindahkan permintaan rakyat.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah Ramli Marcos bertindak menzalimi rakyat melalui beberapa siri pembangunan dan projek mega yang sama sekali tidak mengambilkira hati dan kesensitivian kepada rakyat. Malahan sikap Ramli Marcos yang bertindak merompak kekayaan negeri ini telah menyebabkan menjadi ikutan kepada pegawai bawahan dalam kerajaan negeri Perak.
Demi sesungguhnya bantahan rakyat bukan sekadar memekik dan melaungkan hasrat dan isi hati nurani mereka, malahan mereka sudah mufaraqah dengan kerajaan BN, alhamdulillah. Wakil penduduk yang sempat menemui wakil Minda Rakyat memberitahu jika pada pilihanraya tahun 1995 lalu 2,500 undi kelompok Cina dari Kg. Kuala Kuang menyokong kerajaan BN, maka pilihanraya kali ini menyaksikan bahawa kesemua penduduk sudah komited dengan perjuangan keADILan.
Tahniah sekali lagi dari Minda Rakyat dan sila buktikan komitmen saudara itu pada pilihanraya kali ini. TAKBIR!!!