Komando UMNO Menyusup Masuk Menyertai Demontrasi
26 Ogos, 1999 – Minda Rakyat menerima maklumat bahawa beberapa anggota komando UMNO telah menyusup masuk bersama-sama para demontrasi aman di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh hari ini. Pada mulanya komando UMNO turut bersama melaungkan ‘bau busuk’ yang dilaungkan oleh semua para demontrasi.
Kesempatan ini diambil oleh komando UMNO untuk bertindak lebih liar dengan membaling batu ke arah kenderaan di jalan raya yang setelah lebih 45 minit berdemo dengan aman. Jelas kini bahawa UMNOlah yang sanggup mencetuskan huru hara hingga akhirnya beberapa orang demontrator ditangkap oleh polis.
Maklumat juga diterima bahawa beberapa buah bas yang membawa penyokong dan para demontrasi dari Kg. Kuala Kuang ke Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh sejauh 30 km itu telah ditahan oleh sepasukan penguatkuasa JPJ di Jalan Tasik. Malahan ramai diantara para demontrasi terpaksa melalui jalan alternatif iaitu Jalan Jelapang-Chemor.
Maklumat perhimpunan hari ini telah diketahui oleh Haji Husni Hanadzlah Ahli Parlimen Tambun yang secara kebetulan datang melawat kampong itu semalam. Beberapa sumber memberitahu bahawa kemungkinan besar anggota komando UMNO bertindak atas restu Ramli Marcos yang dimaklumkan oleh ahli Parlimen Tambun itu kepadanya malam tadi.