Ramli Marcos Politikkan Majlis Rasmi

26 Ogos, 1999 - Perarakan kenderaan dan sambutan ketibaan Ramli Marcos di bawah panji-panji UMNO di Jambatan Sg. Tumboh, Tg. Tualang, Perak dua hari lalu menimbulkan kesangsian rakyat bahawa Menteri Besar itu menggunakan pentas rasmi untuk mempropaganda agenda politik murahannya.

Kehadiran dalam jangkaan kira-kira 800 orang bagi merayakan pelancaran projek yang bernilai RM60 juta itu disifatkan tidak berbaloi kerana dipenuhi oleh kedatangan kakitangan kerajaan dari Pejabat Daerah Kg. Gajah, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Pejabat-pejabat Penghulu Mukim dan juga oleh kakitangan JPS Perak. Manakala rakyat yang sepatutnya menyambut meriah projek ini dianggarkan kira-kira 200 orang sahaja hadir bagi mendengar amanat dari Ramli Marcos sempena pelancaran projek tersebut.

Jika tidak kerana paksaan, majlis resmi ini akan menyaksikan Ramli Marcos memberikan ucapannya kepada bangku-bangku dan kerusi-kerusi yang disusun untuk menyambut kedatangan rakyat.

MINDA RAKYAT