Ramli Akan Luluskan Walau Suku Ekar

26 Ogos, 1999 - Biarpun suku ekar tanah yang dipohon oleh rakyat, ianya akan dikemukakan kepada pertimbangan Ramli Marcos, walaupun Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah Negeri membenarkan keluasan tanah 5 ekar dan ke bawah dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tanah di peringkat daerah.

Ini menyaksikan bahawa Ramli Marcos akan memastikan hanya ahli UMNO sahaja yang layak untuk dianugerahkan tanah dan hakmilik. Sebaliknya jika didapati permohonan datangnya dari rakyat yang bukan ahli UMNO, maka peratusan yang besar ianya ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan mengemukakan permohonan ini untuk pengetahuan exco adalah atas arahan Ramli Marcos sendiri. Kesan secara langsung yang didapati ialah menggalakkan budaya rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan kerana 'peluang' mereka telah disekat dan dicantas oleh Ramli Marcos.

MINDA RAKYAT