Muslihat Terjawab Sudah!

26 Ogos, 1999 - Keputusan Mahkamah Seksyen dalam perbicaraan Rahim Anjing Noor (RAN) semalam yang menyaksikan perbicaraan hanya akan dijalankan pada 6 Mac 2000 adalah jawapan kepada teka teki yang timbul.

Semalam teka teki timbul apabila RAN yang sepatutnya dibicarakan pada 20 September dipercepatkan kepada semalam (25 Ogos). Dengan keputusan perbicaraan yang hanya akan didengar pada 10 Mac 2000 itu, Maha Firaun berharap beliau dapat menyelesaikan isu kegawatan politik dan krisis sokongan UMNO yang kian parah di hati rakyat.

Cepat atau lembat tidak akan menjadi ukuran kepada rakyat untuk mengubah undi mereka. Malahan sengaja melengahkan penhakiman ke atas RAN yang sudah pun mengaku bersalah itu menyaksikan kezaliman terus berleluasa dalam pemerintahan kerajaan BN yang mengkudakan segenap institusi yang ada bagi menjayakan cita-cita politik murahan bagi kesinambungan kuasa di abad ke 21.

MINDA RAKYAT