MENTERI BESAR KELANTAN DAN TIMBALANNYA SAMAN IBRAHIM ALI

26 Ogos, 1999 - Menurut BERNAMA semalam, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan MB Negeri Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman memfailkan saman fitnah terhadap Ibrahim Ali Al-Kataki, melalui Takiyuddin Hassan selaku ahli panel peguam PAS Negeri Kelantan.

Tuan Guru Nik Aziz dan Abdul Halim mendakwa Ibrahim Ali Al-Kataki secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan fitnah terhadap mereka kepada sekumpulan wartawan dan media di Pasir Mas bahawa telah berlaku krisis antara mereka berdua.

Kenyatan Ibrahim itu telah disiarkan melalui Berita Hairan bertarikh 20 Julai 1999 bertajuk 'Krisis Antara 2 Pemimpin'. Berita Hairan juga dinamakan sebagai defendan kedua, manakala wartawannya Manzaidi Mohd Amin sebagai defendan ketiga.

Takiyuddin berkata pihaknya juga akan memohon injunksi mahkamah bagi menghalang defendan dan agennya serta pekerjanya daripada terus mengulangi perkataan fitnah itu pada masa akan datang.

MINDA RAKYAT