Rahim Sepatutnya Didakwa 'Dengan Niat Membunuh'

26 Ogos, 1999 - Rahim 'Anjing' Noor (RAN) sepatutnya didakwa cubaan membunuh, sebaliknya hanya didakwa atas 'cubaan' menyebabkan kecederaan parah ke atas DSAI. Rayuan para peguam DSAI dalam hal ini tidak mendapat jawapan dari Peguam Negara, Mokhtar Abdullah yang hanya mampu berdiam diri.

Karpal Singh berkata Abdul Rahim sepatutnya didakwa dengan cubaan membunuh atau sekurang-kurangnya menyebabkan cedera parah. Justeru itu, beliau mungkin memfailkan satu permohonan bagi perintah mandamus di Mahkamah Tinggi meminta Mohtar menggunakan budi bicaranya dalam perkara itu.

MINDA RAKYAT