28 Ogos, 1999 - Kepada yang masih tidak percaya, mereka patut mempelajari peristiwa pada pagi 26 Ogos, 1999. Pada tarikh tersebut Mahathir telah melancarkan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Sebaik sahaja PM itu memperdengarkan ucapannya, maka berduyun-duyun hadirin yang datang terdiri dari rakyat dari Kuala Lumpur dan juga luar Kuala Lumpur keluar dari stadium ibarat air yang melimpah tidak dapat ditahan-tahan.
Pengalaman beberapa orang pemandu di beberapa buah Jabatan Kerajaan negeri yang menyertai perhimpunan itu secara paksaan menyatakan, timbul pertanyaan di benak para pegawai tinggi kerajaan 'mengapa semuanya keluar' serentak seperti sesuatu yang dibenci berada di atas pentas.