UMNO Taja Lawati Putrajaya

28 Ogos, 1999 - Perbuatan UMNO Bahagian Ipoh Timur menyediakan 4 buah bas untuk membawa ahli dan juga rakyat tempatan melancung ke Putrajaya memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti itu seolah-olah mahu menyogok agenda pembangunan 'murahan' untuk memastikan rakyat masih menyokong kezaliman kerajaan BN.

Walau pun pembangunan itu tidak dilarang di dalam Islam, namun keangkuhan dan kebanggaan pihak yang membangunkan Putrajaya itu menyaksikan seolah-olah bahawa hanya UMNO satu sahaja parti yang mampu membawa agenda pembangunan di negara ini.

Rakyat sudah maklumi agenda jahat UMNO dan sogokan sebagaimana dilakukan tidak mendapat tempat lagi di hati rakyat. Jika kerajaan Alternatif memerintah, pastinya pembangunan yang lebih hebat di lakukan setelah segala sumber kekayaan negara diurus dengan efisyen dan sempurna.

MINDA RAKYAT