Demontrasi Besar-besaran Dua Minggu Lagi

28 Ogos, 1999 - Rakyat dijemput menyertai 'Perhimpunan Ribuan Rakyat Menyanggah Penyelewengan' yang dijangkakan akan diadakan dalam masa dua minggu lagi di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Perhimpunan ini  adalah ekoran perhimpunan kira-kira 500 orang penduduk Kg. Kuala Kuang, Chemor, Perak yang membantah operasi sebuah kilang memproses susu getah yang terletak bersebelahan kampong mereka hingga menimbulkan ancaman bau busuk sepanjang 24 jam sehari semalam.

Perhimpunan semalam adalah kali keempat setelah penduduk tempatan membuat demontrasi aman sebanyak 3 kali sebelumnya. Manakala 'Perhimpunan Ribuan Rakyat Menyanggah Penyelewengan' dijangkakan akan disertai lebih 10,000 orang dari penduduk Kg. Kuala Kuang, Tanah Hitam dan Kanthan Baru yang merupakan 3 buah kem kaum Cina di kawasan Chemor.

Perhimpunan ini juga akan disertai oleh kaum Melayu, dan juga India sebagai kata muafakat bahawa rakyat telah BERSATU MENENTANG KEZALIMAN DI ALAF BARU!

MINDA RAKYAT