Perhimpunan Mengerjakan Solat Hajat

29 Ogos, 1999 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar akan mengadakan satu perhimpunan bersama rakyat pada 6 September, 1999. Perhimpunan ini adalah acara biasa dan lazimnya dibuat di kalangan ahli PAS dan pecinta kebenaran dan keadilan untuk mengerjakan solat hajat dan memohon doa mendapat kemenangan dalam perjuangan menentang taghut dan musuh-musuh Allah.

Selain dari acara tersebut, Forum Perdana juga akan diadakan dengan ahli panelnya terdiri daripada Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Dr. Harun Din, YB Mohamed Sabu. Bagaimana pun jadual program selengkapnya masih belum diterima dan Minda Rakyat mengalu-alukan wakil kita yang berada di Parit Buntar untuk menghantar jadual selengkapnya bagi tatapan para netter dan umat Islam keseluruhannya.

MINDA RAKYAT