Zaim Rayu PAS Usah Bertanding DUN Belanja

29 Ogos, 1999 - Exco Ugama Negeri Perak, Mohd Zaim Abu Hassan yang merupakan ADUN Belanja telah bertemu dengan YDP PAS Kawasan Belanja dan merayu supaya jangan bertanding di kerusi DUN Belanja dalam pilihanraya umum negara akan datang.

Menurut beliau, PAS sewajarnya memberikan beliau peluang sekali lagi supaya segala pencen dan ganjarannya sebagai ADUN dapat dipertimbangkan apabila beliau bersara dari karier politiknya nanti. Memandangkan krisis sokongan yang begitu hebat melanda UMNO sekarang, beliau merasa tidak selesa dan terancam dengan sokongan yang kian hebat diberikan terhadap PAS. Ini berikutan jumlah kehadiran sesuatu ceramah PAS mengundang jumlah kehadiran berlipat kali ganda jika mahu dibandingkan di masa-masa lalu.

Berikutan hampir kekeringan sokongan sama sekali, ADUN Belanja itu tanpa rasa malunya bertemu YDP PAS Kawasan Belanja bagi menyatakan hasratnya itu.

MINDA RAKYAT