29 Ogos, 1999 - Laporan yang dibuat oleh kebanyakan para SB negeri ini terhadap perkembangan parti alternatif dan sokongan rakyat yang kian meruncing adalah bercirikan 'negatif' yang membawa maksud sokongan kepada UMNO sudah hilang dan kian pupus.
Beberapa orang wakil Minda Rakyat yang berkesempatan berbual dengan para SB berhubung dengan kemajuan perkembangan politik di Lembah Kinta, memberitahu bahawa laporan yang mereka kemukakan kepada bos mereka adalah 'negatif'!
Laporan itu akan disampaikan ke Bukit Aman oleh KPN Perak yang telah menyatakan perkara yang sama. Maka sehubungan dengan itu beberapa orang pemerhati politik tempatan bersetuju untuk mengatakan bahawa kemungkinan pilihanraya diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan amat pasti!