Komando UMNO Akan Terima Ganjaran Allah!!

29 Ogos, 1999 - Perbuatan menghalang kebaikan dan majlis ugama semakin menjadi-jadi dikesan terutama di Lembah Kinta dan beberapa tempat lain dalam negeri Perak. Kebanyakan daripada ahli UMNO tidak dapat membezakan di antara majlis ugama dengan majlis politik.

Justeru itu mereka bertindak melalui para ahli komandonya menghalang sebarang majlis ugama, biarpun sambutan itu seumpama maulidulrasul atau maal hijrah. Antara yang menghalang majlis tersebut ialah Pengerusi Masjid Kg. Seri Kinta sendiri, iaitu Tanian  Md. Ali.

Menurut maklumat yang diterima, majlis forum perdana anjuran Jawatankuasa Masjid Kg. Seri Kinta itu pada mulanya disetujui secara majoriti Jawatankuasanya dan majlis tersebut akan diadakan pada 15 Jun lalu. Namun atas kuasanya selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Tanian Md. Ali telah menghalang majlis forum tersebut daripada diteruskan.

Penantangan yang sama telah diterima oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Chemor, Perak. Beberapa orang AJK Masjid itu tidak bersetuju untuk diadakan forum perdana pada 31 Julai lalu, bagi mengutip wang untuk tujuan pembesaran masjid berkenaan.

Penantangan majlis ugama oleh para komando UMNO di negeri ini memang jelas mendapat sokongan pihak tertinggi UMNO negeri Perak. Begitu juga beberapa minggu lalu, komando UMNO telah bertindak membelasah Hanafian Man, Ketua Pemuda KeADILan Negeri Perak di Kg. Gajah.

Ini belum dikira jumlah poster dan bendera yang direntap dan dimusnahkan oleh para komando UMNO yang nampaknya begitu ghairah 'merusuh' atas restu pimpinan tertinggi UMNO negeri. Kepada Allah marilah kita panjatkan kesyukuran atas penganiayaan oleh para komando UMNO ke atas gerakan Islam. Percayalah Allah tidak akan membiarkan kita selamanya dizalimi!

MINDA RAKYAT