Keadilan Sekali Lagi Dicemari

31 Ogos, 1999 - Sistem keadilan negara sekali lagi dicemari apabila kes saman DSAI terhadap PM Maha Firaun berhubung dengan kenyataan yang menghina, membohongi serta mengaibkan DSAI kepada media tempatan dan media asing itu ditolak dengan alasan mengganggu prosedur mahkamah.

Ini menjadi bukti sekali lagi kepada rakyat negara ini bahawa Maha Firaun itu terlalu kebal untuk diatasi oleh sesiapa sahaja termasuk mahkamah dan sistem perundangan negara ini. Justeru itu, keadilan terus malap dari sinaran sebarang mahkamah di Malaysia yang menyentuh kewibawaan, kehormatan dan maruah diri Maha Firaun itu, sekalipun keterangan yang didakwa atau dikemukakan kepada mereka mempunyai bukti kukuh.

Rakyat diajak menilai 'kerapuhan' prinsip keadilan mahkamah negara ini dan mencari kerajaan alternatif baru supaya jaminan keadilan terhadap semua warganegara adalah saksama. Dokongan kepada prinsip berat sebelah, ketidakadilan serta kezaliman akan menghancurkan Malaysia dan segala penghuninya; disebabkan oleh perbuatan segelintir manusia rakus kepada kuasa dan diktatorian.

MINDA RAKYAT