Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 42 kepada semua rakyat negara ini. Kesempatan ini saya ambil untuk mengajak saudara merenungi erti kemerdekaan sebenar kepada diri, masyarakat dan seterusnya negara.
Penjajah asing yang memerintah secara fizikal, telah mengakhiri kekejamannya 42 tahun lalu. Namun erti kemerdekaan itu seringkali disangsikan apabila kezaliman masih berleluasa. Daripada penjajahan asing, ia bertukar kepada bentuk penjajahan baru yang bermula dari penjajahan minda, melalui sistem pendidikan negara dan institusi pemerintahan negara ini.
Penjajahan bentuk baru ini adalah oleh rakyat negara ini sendiri; yang sebangsa, seugama serta memiliki ciri-ciri yang sama sebagaimana kita miliki. Namun sifat ingin menguasai dan tamak haloba menyebabkan segelintir 'tangan yang rakus' ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai niatnya yang 'busuk lagi membusukkan' itu.
Amalan nepotisme, kronisme merupakan prinsip dokongan untuk mentaktakan diri sendiri ke puncak jaya sebagai diktator yang 'beraja di mata dan bersultan di hati'. Kekayaan negara dikaut dan dibawa pergi untuk disimpan di luar negara sebagai simpanan generasi dan warisan peribadi. Keangkuhan serta 'power maniac' menjadikan diri seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kesinambungan kuasanya.
Dari perbuatan memfitnah, mengaibkan orang lain, memukul, mencederakan, mencetuskan huru hara, membohongi, menyelewengkan fakta, menindas, menzalimi, hingga kepada apa sahaja perbuatan akan dilakukan demi sebuah kejayaan berasaskan diktatorian. Mahkamah dan sistem keadilan negara dicerobohi serta diliwat beratus malahan ribuan kalinya, untuk memastikan kejayaan amalan dan prinsip yang dibawa.
Keangkuhan dan kesombongan itu hingga akhirnya bertukar kepada sifat 'murtad' dan kuffar hingga tergamak menghina ulama dan para Nabi. Hingga di saat ini apakah kita masih mampu bertahan dijajah dan dizalimi serta dihina? Warisan penjajahan itu hanya bertukar warna, namun prinsip kehormatan sejagat masih terus dibuai mimpi kerana belum pun menjadi kenyataan.
Keadilan, kehormatan pendirian dan kebebasan perlu ditegakkan untuk menjamin kedaulatan sebuah diri, masyarakat dan negara. Prinsip ini menjadi asas perjuangan setiap insan walau di mana sahaja mereka berada. Namun keistimewaan sebagai manusia muslim, Allah memperagakan perjuangan ini dengan tawaran istimewa dan ganjaran hebat belaka. Sudah sampai masanya kita menyahut seruan jihad sebagai penentangan kepada penderhakaan terhadap Allah dan rasulNya yang menjadi amalan sebahagian manusia terkotor negara ini.
Jaminan kebebasan serta kesucian ugama perlu dipertahankan menjadikan alaf baru sebagai kesinambungan perjuangan menuntut kemerdekaan sebenar buat diri, masyarakat serta negara.
Marilah kita mulakan kerana masih belum terlambat untuk menyertai perjuangan ini sebagai menyahut cabaran ini di medan jihad alaf baru, kemerdekaan baru!
Polong Cyber