Bagaimana UMNO Begitu Mudah Mendapat Tanah

31 Ogos, 1999 - UMNO bahagian Ipoh Barat sudah menaikkan papan tanda untuk mendirikan sebuah bangunan pejabat. Tempat yang dimaksudkan ialah berhadapan dengan Flat Jalan Ashby bersebelahan dengan Greetown Mall, Ipoh.

Sekali imbas papan tanda projek itu memang tidak ada kelainnya dengan papan projek tanda yang lain. Apa yang menimbulkan tanda tanya disebalik pembinaan itu ialah bagaimana UMNO begitu mudah mendapat tanah untuk mendirikan bangunan walau seluas mana sekali pun yang diperlukan.

Hanya yang diketahui bertahun-tahun lalu di lokasi berkenaan terdirinya rumah kakitangan awam peringkat rendah. Akibat pembangunan pesat yang berlaku di bandaraya Ipoh, kakitangan awam tidak sesuai lagi duduk dirumah berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh.

Rumah kakitangan awam tersebut dirobohkan. Namun setelah lebih sepuluh tahun tanah tersebut terbiar, tanpa apa-apa kemajuannya, muncullah papan tanda yang membuktikan sekali lagi kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri ini bahawa kronisme, nepotisme berulang lagidan sekali lagi rakyat menjadi mangsa kebuasan pemimpin kerajaan BN apabila hak rakyat dijadikan milik UMNO selama-lamanya!

MINDA RAKYAT