31 Ogos, 1999 - Ladang Strathisla yang terletak kira-kira 5 kilometer dari tol Jelapang, adalah antara ladang tertua di negara ini iaitu telah berusia lebih 100 tahun lamanya. Masyarakat India khususnya, telah berkorban untuk majikan mereka Golden Hope selama 3 generasi hingga sekarang.
Malangnya pengorbanan mereka dilupakan dan pekerja ladang ini telah diabaikan kebajikan mereka apabila Golden Hope menjual ladang ini kepada Perak Corporation Berhad demi sebuah pembangunan iaitu Pembangunan Meru Raya.
Goleden Hope telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan keputusan menjual ladang ini pada tahun 1996. Kawasan seluas 720 hektar yang dibeli oleh anak syarikat PKNP ini meliputi rumah pekerja, kolam air minuman, sekolah, dewan, kuil dan tanah perkuburan.
Sesetengah pekerja telah keluar setelah disogok dengan pampasan yang rendah. Akan tetapi, demi mempertahankan hak dan pengorbanan mereka sepanjang 100 tahun kepada Golden Hope, apakah layak majikan itu menghalau mereka semata-mata meraih keuntungan yang besar hingga melupakan segala kebajikan dan pengorbanan pekerja ladang?
Tuntutan 20 buah keluarga ladang Strathisla adalah seperti berikut:
Tuntutan ini dibuat adalah berasaskan kepada beberapa faktor:
Ladang Strathisla telah dijual oleh Golden Hope kepada PKNP sebanyak RM59.5 juta dan tanah ini telah dijual semula kepada PCB dengan harga RM108.7 juta. Keuntungan sekali ganda dalam sekelip mata sahaja.
Pengabaian oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Ramli Marcos terhadap masalah pekerja ladang adalah satu perkara yang serius kerana beberapa faktor:
Pada 16 dan 17 Jun 1999, tanpa sebarang perintah mahkamah, pemaju Pembangunan Meru Raya iaitu PCBD bertindak mengusir penduduk ladang dan menceroboh ke rumah pekerja, tetapi telah gagal dalam usaha mereka. Namun dalam tindakan pengusiran itu, keganasan dan ugutan telah digunakan dan beberapa orang penduduk telah dicederakan termasuk orang tua.
Pada 31 Julai lalu para pekerja telah mengadakan demontrasi di hadapan bangunan PKNP mengutuk kegansannya terhadap pekerja ladang. Dalam hubungan ini, tindakan kerajaan PAS Kelantan patut dicontohi dan dikagumi, apabila Kerajaan PAS menggunakan kuasanya untuk mengambil tanah dari syarikat ladang di Pasir Gajah dan Kuala Krai, lalu memberikannya sekadar yang sepatutnya diterima oleh para pekerja. Demikian peri keadilan sebuah Kerajaan Islam yang kini mendapat sanjungan kaum India negara ini.
Namun anihnya, di bawah pimpinan kerajaan BN Ramli Marcos, kerajaan seolah-olah tiada kuasa untuk bertindak sedemikian membantu nasib rakyatnya yang dizalimi, sebaliknya berupaya membantu kroni-kroninya menzalimi rakyat!