Kerajaan BN Guna Kuku Besi

1 Sept., - Kerajaan BN yang sedang mengawasi pergerakan parti pembangkang disfifatkan sebagai mengeruhkan suasana 'merdeka' dan menggunakan kuku besi bagi mengekalkan kuasa 'beraja di mata, bersultan di hati.

Bagi membendung dan menutup pengaruh yang kian hilang, BN akan memastikan apa sahaja yang dapat membantu parti alternatif itu mendapat sokongan rakyat dengan menggunakan alasan mereka telah bertindak melampaui batas undang-undang.

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid membayangkan bahawa kerajaan BN akan mengeksplotasi jentera polis untuk mengugut dan menyiksa rakyat dari menyokong parti alternatif yang kini sudah memenangi pilihanraya rasmi 'internet'.

Kebimbangan Kerajaan BN ialah apabila kaum Cina bukan Islam sudah berani berdiri bersama pemimpin Islam dan berceramah politik dipentas PAS yang kini mengganotai Kerajaan Alternatif. Semua rakyat cintakan keamanan dan tidak ada seruan yang dibuat untuk menghuru harakan ketenteraman awam terutama dalam penyebaran maklumat di internet.

Sebaliknya kerajaan BN yang tenggelam punca seringkali mengugut dan menggunakan akta neraka ISA untuk menzalimi rakyat yang dipenjara tanpa diadili terlebih dahulu. Kerajaan BN juga berpura-pura menyatakan simpati kepada Paduka Seri Sultan Kelantan, walau pun pernah melucutkan kuasa raja-raja dan sultan suatu masa dahulu.

Jika suatu masa dahulu UMNO di bawah kerajaan BN bertindak menyekat kuasa sultan tidak dianggap menghina sultan. Sebenarnya di mana keadilan dan kemerdekaan kerana majoriti rakyat negara ini masih tercari-cari.

MINDA RAKYAT