Debat Kemerdekaan: UMNO Tak Berani Berhadapan Rakyat

1 Sept. - Debat kemerdekaan bertajuk "Ke arah Penyatuan Umat Melayu" yang dijadualkan berlangsung di Kg. Paya Renggam, Padang Rengas, Perak mengecewakan ribuan hadirin yang hadir, kerana wakil UMNO tidak hadir pada sessi  debat kali tersebut malam tadi.

Debat Perdana antara UMNO dan PAS itu diatur setelah YB ADUN Lubuk Merbau, Jamal Nasir merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak mencabar  kepimpinan PAS Perak supaya berdebat di hadapan rakyat bagi menyatakan masalah semasa yang timbul.

Atas keyakinan dan persetujuan yang diberikan oleh Jamal Nasir sendiri, maka PAS Kawasan Chenderoh menyusun satu majlis debat yang sepatutnya berlangsung malam tadi. Kira-kira 5,000 orang hadir untuk menyaksikan debat tersebut akhirnya pulang hampa.

MINDA RAKYAT