'Taleban' Sifatkan Ketua Pergerkan Pemuda UMNO Perak Pengecut!

1 Sept. - Ustaz Nor Azli Musa, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan wakil UMNO yang gagal hadir pada sessi debat malam tadi di Kg. Paya Renggam, Padang Rengas, Perak sebagai pengecut.

Ini adalah bukti kepada rakyat bahawa UMNOlah yang merosakkan tamadun bangsa Melayu dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Perpecahan yang UMNO lakukan ialah bermula dengan parti-partinya yang bersifat perkauman. UMNO untuk orang Melayu sahaja, manakala MCA untuk orang Cina dan MIC adalah untuk orang India.

Sebaliknya PAS atau KeADILan atau mana-mana parti alternatif tidak bersifat perkauman kerana sedia membuka keahlian kepada semua bangsa dan kaum di negara ini. Ustaz Nor Azli Musa adalah antara ahli panel yang mewakili PAS dalam debat malam ini.

MINDA RAKYAT