2 Sep. 1999 - Tindakan kerajaan negeri Perak mengwartakan sesebuah tanah lot yang masih dalam kuasa bidang kerajaan negeri sebagai milik PKNP, amat jelas melanggar Kanun Tanah Negara (KTN). Justeru itu semua pihak hendaklah mengambil perhatian di atas penyelewengan kuasa oleh pemimpin, yang mandatnya telah diberikan oleh rakyat.
Rata-rata tanah kosong yang berada dalam Lembah Kinta kini, yang merupakan bekas tapak rumah kerajaan negeri kepada kakitangan awam, telah diwartakan sebagai milik PKNP dan beberapa bahagiannya diperolehi oleh UMNO Perak!