Jamal Nasir Rashdi Berbohong!!

2 Sept. 1999 - Dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Jamal Nasir Rashdi sebagai tidak tahu menahu tentang debat kemerdekaan yang dijadualkan berlangsong pada 31 Ogos -  lalu, di  Padang Rengas Perak adalah kenyataan sebesar-besar pembohongan.

ADUN Lubuk Merbau itulah yang  mencabar YDP PAS Kawasan Chenderoh supaya menyahut cabaran debat yang diadakan dua hari lalu. 2 pucuk surat telah diterima oleh YDP PAS Kawasan Chenderoh satu dihantar dengan tangan, manakala satu lagi dipos secara berdaftar.

Namun atas sikap pengecutnya, Jamal Nasri mendakwa beliau tidak tahu menahu berhubung dengan debat itu dan tidak hadir. Sekitar 5,000 orang hadir di Kg. Paya Renggam, Padang Rengas, Perak bagi menyaksikan debat kemerdekaan, tetapi hampa apabila wakil UMNO tidak tiba.

MINDA RAKYAT