Tanjung Golden Jadi Pusat Maksiat

2 Sep., 1999 - Kemajuan yang tidak seimbang di antara rohaniah dan jasmaniah seringkali bertukar menjadi bala bencana kepada sesebuah negara. Sebuah pawagam terbesar yang canggih manggih terletak dalam bangunan besar lagi membesarkan maksiat berlaku di dalamnya dengan semua jabatan yang berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) atau mana-mana pihak berkaitan menutup mata mereka terhadap aktiviti yang berlaku.

Pagawam yang dimaksudkan ialah Tanjung Golden Village, yang terletak di aras dua komplek beli belah Jaya Jusco yang terletak di Lembah Kinta adalah pusat maksiat terbesar yang moden dan seiring dengan pembangunan ala Maha Firaun dan Ramli Marcos. Ia mampu menyaingi Daya Bumi yang suatu masa dahulu pernah menjadi gossip perhubungan sulit bagi pasangan kekasih dan bukan kekasih memadu asmara 'ringkas' mereka.

Kini nama secanggih Tanjung Golden Village menyediakan prasarana lengkap dan canggih untuk para remaja berlepak, berpelukan dan memadu kasih dalam keadaan tersembunyi tanpa siapa melarang. Apakah ini pembangunan yang dimaksudkan oleh Maha Firaun dan Ramli Marcos?

MINDA RAKYAT