KUALA LUMPUR: Prof. Emeritus Dato' Shahnon Ahmad menegaskan, kerajaan PAS Kelantan dapat mengekalkan aspek ekonomi kerana ketua negaranya menjalankan dasar pemerintahan secara Islam.
Menurut beliau, ini berbeza dengan BN yang sering berlaku penyelewengan seperti mengumpul harta untuk kroni mereka, kerana mereka tidak mengamalkan dasar ekonomi Islam.
Katanya, apabila ekonomi tidak dijalankan mengikut etika Islam maka pemimpin-pemimpin BN berebut untuk mendapatkan habuan masing-masing.
"Untuk mendapatkan contoh ekonomi yang baik berilah peluang kepada kerajaan PAS untuk memerintah negara ini," katanya.