Benarkah Undian Pos Sudah Dijalankan?

4 September, 1999 - Minda Rakyat menerima maklumat bahawa pihak polis dan tentera sudah menjalankan pengundian mereka siang-siang lagi. Undian itu sudah dibuat dua bulan lepas di mana perkara tidak dapat dikesan oleh sesiapa kerana bilangan yang terlibat dalam pengundian ini cuma beberapa orang pegawai tertentu dalam pasukan polis dan tentera.

Maklumat juga memberitahu bahawa isteri tentera telah mengundi pos dengan dibayar RM20.00 seorang dan kad siap dipangkah.

Kepada pihak yang dapat mengesahkan perkara ini, sila sahkan dengan maklumat yang secukupnya untuk tatapan rakyat sekelian bersama.

MINDA RAKYAT