Benarkah Ramli Marcos Direstui Mahathir?

4 September, 1999 - Hasratnya untuk menjadi menteri di peringkat persekutuan, seringkali menjadi perbahasan hangat di kalangan ahli politik UMNO dan juga rakyat negara ini, khususnya di negeri Perak.

Walau pun maklumat yang hampir tepat mengesahkan Ramli Marcos akan disingkirkan pada pemilihan calon dalam pilihanraya umum akan datang, namun dalam mesyuarat UMNO Bahagian Ipoh Timor yang diketua oleh Datuk Yahya Shafie dan para AJK peringkat bahagian itu baru-baru ini, telah membahaskan dengan hangat hasrat Ramli Marcos yang mahu bertanding dalam mana-mana kawasan parlimen di negeri ini.

Beberapa pendapat diterima, dan ada di antaranya mengatakan bahawa Ramli Marcos akan bertanding di Parlimen Tambun kerana agak mudah menewaskan parti lawan dengan muslihat undian pos. Namun, walau pun bantuan undi pos masih ada, kedudukan parlimen ini agak tergugat kerana rakyat kini lebih selesa berpayung di bawah parti alternatif.

Bagaimana pun ada pendapat mengatakan bahawa Ramli Marcos akan bertanding juga iaitu di kawasan parlimen Pasir Salak. Jika benar demikian, apakah nasib seterusnya Megat Junid?

Bagaimana pun yang pasti Ramli Marcos seperti mengidam mahu bertanding di peringkat parlimen kerana ini akan memberikan laluan mudah kepada beliau untuk mencuba nasib dalam pertandingan sebagai Naib Presiden UMNO, meskipun pernah tewas dua tahun lalu.

Jika benar, berkemungkinan Ramli Marcos akan mengambilalih kerusi Muhyidin Yasin, sebagai Menteri Belia dan Sukan. Para penganalisa politik tempatan berpendapat, Datuk Tajol Rosli disebut-sebut namanya sebagai MB Perak yang baru, yang mana kredebilitinya jauh lebih baik di kacamata Maha Firaun berbanding Ramli Marcos.

Namun pada hemat Minda Rakyat, siapa pun jua di kalangan menteri kabinet Mahazalim yang sedia ada dan bercita-cita besar mahu meneruskan kerjaya politik mereka dengan hasrat sama seperti masa lalu, rakyat haruslah menolak mereka yang kemudian hendaklah digantikan dengan wajah baru dari kerajaan baru ...ALTERNATIF!

MINDA RAKYAT