5 September, 1999 - Umat Islam dinasihatkan supaya berwaspada terhadap ajaran Islam mazhab Kassim Ahmad yang semakin popular di kalangan golongan sekular umat Melayu negara ini. Ulama terkenal mereka Astora Jabat sedang mengeluarkan beberapa fatwa baru menerusi Kitab baru bergelar Utusan Malaysia, adalah antara ajaran sesat yang sedang menyesatkan umat Islam yang kian jauh dari roh Islam itu sendiri.
Justeru tiada lagi ulama dalam kerajaan yang dapat menasihatkan serta membendung daripada kegiatan ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan ini, maka umat Islam dinasihatkan supaya mendekatkan diri dengan Al-Quran yang sebenarnya bukan lagi merujuk kepada kitab Utusan Malaysia setiap hujung minggu.
Antara ajaran yang terkandung dalam mazhab Kassim Ahmad ialah hukum hudud tidak perlu dilaksanakan kerana tidak sesuai dengan zaman. Selain dari itu, golongan riddah (murtad) tidak perlu dihukum kerana perlaksanaan ini hanya dituntut oleh parti politik PAS dan bukan ajaran Islam. Judi dan arak juga dilarang di dalam ajaran ini tetapi tidak menjadi kesalahan jika berjudi dan meminum arak. Lesen judi, lumba kuda dan segala macam bentuk maksiat dibolehkan dan ditayang dengan meluas ke seluruh negara melalui televisyen.
Masjid didirikan untuk 'lambang' (syiar) Islam, tetapi terbiar sepi tanpa perlu kegiatan memakmurkannya. Dalam masa yang sama pusat maksiat seperti rumah urut dan pelacuran diluluskan dan bilangannya mengatasi bilangan masjid yang dibina. Begitu pula kedai nombor ekor terus diberi kepercayaan 'memulihkan' ekonomi orang Melayu. Sesekali ramai bilangan YB memungut wang dari 'perbendaharaan' tersebut setelah menerima nombor kemenangan yang dikeluarkan secara sulit oleh Pengerusi Magnum Corporation, Tan Sri Khir Johari.
Inilah akibahnya apabila mengaku Islam tapi hati penuh kepalsuan! Wallahua'lam.