Monopoli Ramli Marcos Mesti Dipecahkan!

5 September, 1999 - Monopoli terhadap 'kuasa veto' Ramli Marcos mesti dipecahkan, jika rakyat mahu ekonomi negeri Perak stabil dan negara ini mengurangkan beban hutangnya. Hanya satu sahaja cara yang dikesan setakat ini iaitu dengan menukarkan kerajaan BN dengan kerajaan Alternatif yang diterajui oleh PAS, ADIL, DAP dan PRM.

Ini adalah kerana dasar kerajaan BN membenarkan Menteri Besar meluluskan sebarang konsesi balak dengan mengeksplotasikan kuasa para exconya yang 'buta hati' dan hanya tahu mengangguk dan bersetuju sahaja atas sesuatu keputusan yang dibuat oleh Ramli Marcos secara mutlak.

Akibat dari monopoli itu negeri Perak mengalami kerugian hasil negeri berjumlah RM153 juta setahun melalui penganugerahan konsesi balak seluas 10,000 hektar setahun. Kerugian sepanjang di bawah pentadbiran Ramli Marcos selama 16 tahun dianggarkan tidak kurang RM2.4 bilion.

Bagi keluasan tersebut kerajaan negeri hanya menerima premium kayu balak berjumlah RM3 juta dan hasil kayu bernilai kira-kira RM100 juta setahun. Kerugian ini adalah kerana Majlis Hutan Negara tidak mempunyai undang-undang yang seragam bagi pengeluaran balak antara negeri, hingga menyebabkan dasar itu dijalankan secara berbeda.

Di negeri Kelantan, anugerah konsesi balak secara mesyuarat sudah lama dimansuhkan di bawah pentadbiran Kerajaan Islam PAS. Ia digantikan dengan tender dan merupakan cara paling berkesan memungut hasil kerana pembalak terpaksa bersaing untuk mendapatkan satu-satu kawasan kayu yang bernilai. Ini mengakibatkan jumlah pungutan premium balak boleh ditingkatkan sehingga RM16,000 seekar.

Sebaliknya di negeri Perak, amalan pemberian konsesi balak masih autodorks dan dimonopoli oleh Ramli Marcos. Justeru itu premium balak se ekar di negeri Perak hanya RM300 sahaja. Namun biarpun serendah itu, tidak ada rakyat biasa yang menerima anugerah konsesi balak, melainkan kroni yang terikat dengan 50% untuk dana politik UMNO.

Dana politik UMNO ini kemudiannya dirompak oleh Ramli Marcos, secara disedari atau pun tidak oleh Maha Firaun yang berada di kerajaan pusat. Ramli Marcos terpaksa menyingkirkan beberapa kakitangan UMNO yang mengetahui rompakan ini dan menentang kegiatannya. Mereka akan digantikan dengan kakitangan yang 'mengangguk' terhadap rompakan itu dan bersekongkol melalui 'tumpang sekaki'.

Inilah kezaliman Ramli Marcos sepanjang tiga penggal beliau menerajui pemerintahan kerajaan negeri Perak. Jika rakyat inginkan pemulihan ekonomi sebenar, maka sila tentukan kerajaan yang anda pilih melalui dasarnya dan perubahan yang ingin dibawa supaya kekayaan negeri ini menjadi milik negeri dan rakyat mampu mengecap nikmatnya!

MINDA RAKYAT