5 September, 1999 - Minda Rakyat ingin berkonsi pengetahuan dengan anda rakyat sekelian. Jika satu hektar tanah ditanam dengan pokok balak dengan jarak 10 m X 3 m, maka 1 hektar kita boleh menanam 40 pokok. Jumlah ini sama dengan 16 pokok seekar.
Nilai kayu balak diukur mengikut jenis dan purata harga kayu balak melebihi RM800 setan padu. Jika kayu tersebut ialah kempas harganya mungkin mencapai RM1,500 bagi 1 meter padu. Sebatang pokok yang sederhana besar dan mencapai 3 atau 4 'tual balak' (keratan balak) adalah dianggarkan beratnya kira-kira 10 m padu dan lebih. Oleh itu sebatang kayu kempas bernilai kira-kira RM15,000. Jika keluasan 1 ekar dipenuhi oleh 10 batang sahaja (dengan mengandaikan 6 batang rosak dan tidak bernilai) maka 1 ekar pendapatan pembalak mencapai RM150,000 berbanding cukai yang dikenakan hanya RM300.
Fakta ini boleh membantu anda membuat perkiraan sendiri dan akhirnya anda akan dapati seluas 10,000 ekar keluasan yang boleh tebang setahun menyebabkan pendapatan pembalak mencapai angka RM150 juta berbanding nilai premiumnya hanya RM3 juta sahaja.
Justeru itu konsesi pembalakan merupakan satu cara Ramli Marcos merampas dan merompak kekayaan negeri hingga lebih 15,000 buah keluarga setinggan sudah merempat di negeri ini melebihi 15 tahun lamanya tanpa pembelaan. Inikah keadilan dan tradisi membela rakyat?