Tiada Kepimpinan Melayu Yang Mahu DiMusnahkan Kecuali UMNO

5 September, 1999 - Dakwaan MB Kedah Sanusi Junid bahawa parti alternatif berusaha menjatuhkan kepimpinan Melayu adalah karut belaka. Usaha yang ada ialah hendak menjatuhkan kepimpinan Melayu UMNO.

Sanusi Junid yang meletakkan harapan di bahu pemuda pergerakannya amanah besar mempastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang demi orang Melayu.

"Bergerak mulai sekarang, pergi ke kampung-kampung dan beritahu perjuangan UMNO. Jangan benarkan pembangkang terus menyebarkan dakyah mereka," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Perkasa dan Gerak Gempur Pilihan Raya Pemuda UMNO Kedah, di Sungai Korok.

Beliau mengulangi sekali lagi 'khurafat' UMNO dengan mengatakan bahawa hanya BN yang diterajui UMNO terletak harapan orang Melayu untuk membawa ke arah kemajuan pada masa depan, merupakan ucapan penuh syirik terhadap Allah.

MINDA RAKYAT