Ramli Marcos Gadaikan Kepentingan Negeri

6 September, 1999

Tindakan meluluskan pembinaan Kompleks Bangunan Perak Darul Ridzuan kepada Gabungan Kontraktor Bumiputera Negeri Perak merupakan 'perangkap' kepada pepatah jerat tidak akan lupakan pelanduk terhadap Ramli Marcos.

Kos bangunan 2 fasa itu dicanangkan berjumlah RM12 juta itu akhirnya menuntut pembayaran sebanyak RM24 juta. Pihak Audit Negara masih dalam penyiasatan terhadap harga bangunan yang tidak masuk akal. Walau pun fasa 2 baru siap pada April tahun ini (1999), struktur bangunan fasa 1 sudah mengalami keretakan dan didapati kebocoran berlaku walau pun bangunan itu berusia tidak sampai 5 tahun pun.

Lembaga Tender Negeri yang dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Samsudin Mat Dubi ketika itu akan dipertanggungjawabkan mengapa harga bangunan itu terlalu mahal dan ianya tidaklah sehebat mana.

Minda Rakyat mahu penyiasatan itu didedahkan untuk pengetahuan rakyat sekelian. Ini adalah antara bukti mengapa kerajaan BN sudah tidak relevan kerana melakukan rompakan harta rakyat untuk kesekian  kalinya.

MINDA RAKYAT