6 September, 1999
Berita yang disahkan oleh kakitangan Jabatan Kajibumi kali ini membawa pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa adalah tidak selamat untuk anda menggunakan terowong yang berhampiran dengan tol Jelapang, Ipoh.
Pasukan kajibumi sudah mendapati keretakan tersebut kira-kira 7 tahun lalu dan mengesahkan ia tidak selamat untuk digunakan. Justeru itu terowong sepanjang 1.5 kilometer itu sudah dipasang dengan sejenis pelapis untuk melindungkan keretakan yang semakin ketara kira-kira 4 atau 5 tahun dulu.
Kerajaan Persekutuan dalam pelan pembinaan projek lebuhraya utara - selatan (PLUS) itu tidak merujuk kepada Jabatan Kajibumi terlebih dahulu untuk pengesahan keselamatan struktur tanah di kawasan tersebut sebelum terowong itu dibina. Keputusan secara tergesa-gesa itu dibuat untuk menutup penyelewengan pembahagian kontrak PLUS yang berasaskan sistem payong anjuran kerajaan BN untuk kontraktor-kontraktor terpilih sahaja.
Bagi menutup kelemahan dan kepincangan ini, pihak kerajaan negeri kini sedang membina laluan alternatif iaitu dari Dataran Sungai Perak, Kuala Kangsar ke Sg. Siput (U) sebagai alternatif pilihan di masa hadapan.
Sementara itu jalan persekutuan dari Sg. Siput ke Ipoh atau ke tol Jelapang sudah dinaik tarafkan kepada dua lorong. Sesungguhnya tindakan kerajaan merahsiakan keselamatan terowong Ipoh - Kuala Kangsar amat dikesali. Jika terjadi sesuatu kemalangan yang menimpa rakyat akibat runtuhnya terowong itu pada bila-bila masa, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?