Lebih Banyak Anak Ayam Akan Diedarkan

7 September, 1999

Kerajaan Negeri Perak akan menambah peruntukan sebanyak 359,000 ekor anak ayam untuk diagihkan kepada rakyat negeri ini. Setiap penduduk akan menerima antara 20 ekor hingga 50 ekor seorang. Pemberian ini diharap adalah atas niat ikhlas terhadap petani, bukannya hanya gimik menjelang pilihanraya umum.

Sementara itu sehingga bulan lalu (Ogos, 1999)  sebanyak 6,519 orang penduduk menerima benih bawang yang juga disalorkan melalui sistem yang sama. Minda Rakyat berharap juga pemberian anak benih ayam dan benih bawang tidak diungkit, hingga menimbulkan perasaan 'sangat berterima kasih' kepada kerajaan BN. Benih ayam dan bawang ini akan disalorkan melalui JKKK kampong berkenaan di seluruh negeri Perak.

MINDA RAKYAT