7 September, 1999
Oleh kerana mahu melindungi kelemahan di pihak kerajaan, PM Mahathir menyerang ulama yang didakwanya berbohong. Hakikat sebenarnya Mahathir dan pemimpin kerajaan tidak pernah timbulkan jika rakyat tidak memperbesarkan sesuatu itu.
Ini termasuklah mengapa bahasa penghantar di gereja menggunakan Bahasa Malaysia dan buku-buku ajaran Kristian di negara ini bebas dijual dalam bahasa Malaysia hingga membawa kepada kes murtad yang berlaku terutamanya golongan gadis dan wanita Islam.
Kelicikan Mahathir memainkan sesuatu isu itu hanyalah untuk menutup kelemahan kerajaan pimpinannya dan bukannya dengan ikhlas menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Hingga saat ini kerajaan tidak bertindak terhadap kedua-dua isu yang dibangkitkan, sebaliknya 'ulama' sekali lagi menerima kata hinaan dan cacian Mahathir.
Penghinaan terhadap ulama merupakan bukti jelas kepada rakyat adalah disebabkan ulama kini sudah berpihak kepada PAS. Justeru tiada seorang ulama yang disifatkan sebagai 'warasatul anbiya' di dalam UMNO menyebabkan berbagai keruntuhan akhlak dan moral rakyat negara ini sehingga tidak dapat dibendung lagi.