7 September, 1999
Mengikut maklumat yang diterima, DSWA akan menghabiskan masa bersama rakyat negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta pada 11 September ini.
Beliau akan disambut kira-kira jam 2 petang di persimpangan keluar masuk tol Jelapang. Rombongan DSWA akan diarak dengan konvoi motosikal oleh pemuda KeADILan Perak dan BA menuju ke Mahad AlUmmah di Chemor.
Kira-kira jam 5 petang DSWA akan mengunjungi penduduk Kampong Kuala Kuang dalam majlis jamuan teh bersama rakyat dan mendengar secara lebih jelas isu yang akan dibangkitkan oleh rakyat tempatan. Adalah dipercayai juga DSWA akan menerima lebih 2,000 borang penyertaan ahli PKN yang baru di daerah Chemor.
Di sebelah malamnya pula dijangkakan DSWA akan bersama dalam Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Kampong Sengat, Simpang Pulai, Ipoh bersama pemimpin Alternatif yang lain. Majlis tersebut dijangka berakhir sehingga lewat jam 12 malam.
Kepada rakyat seluruh negeri Perak, Minda Rakyat menyeru khususnya kepada wanita, jika perlu ambillah cuti rehat kepada yang bekerja atau meninggalkan perniagaan pada hari tersebut untuk bersama pemimpin anda. Nyatakan simpati dan sokongan anda bukan sahaja dengan menyerahkan borang keahlian anda tetapi juga komitmen anda bagi memangkah BA pada pilihanraya umum akan datang.
Bersama kita tolak tohmahan Mahathir yang mengatakan Kerajaan Alternatif tidak mendapat sokongan rakyat dan ttidak mampu memimpin negara ini.