8 September, 1999
Peristiwa penahanan dan pukul oleh seorang anggota komando UMNO terhadap juru iring kepada isteri Haji Asmoni Alwi, yang disebut-sebut sebagai bakal calon Ahli Parlimen Kuala Kangsar, yang berkempen di Kampong Ara Panjang, Manong sebenarnya berlaku dua bulan lalu dan bukannya dua minggu lalu sebagaimana laporan Minda Rakyat pada 6 September.
Walau bagaimana pun tindakan terburu-buru anggota komando UMNO memukul pemuda tersebut adalah satu kesilapan besar hanya kerana beliau cuba menghalang wakil PAS itu memberikan penjelasan kepada penduduk kampong berkenaan berhubung isu yang berbangkit.
Jika benar ada pihak telah atau cuba melanggar undang-undang, komando UMNO berkenaan sepatutnya melaporkan kepada pihak polis dan bukannya bertindak melulu mengikut emosinya sendiri.
Tindakannya tanpa berfikir panjang itu mencerminkan bahawa adalah benar bahawa UMNOlah pencetus kepada huru hara sekiranya berlaku dalam siri pilihanraya umum negara akan datang.