KAKITANGAN KERAJAAN DI BAWAH KERAJAAN BN TIDAK TERIMA KEISTIMEWAAN

8 September, 1999

Kakitangan Kerajaan yang berada di bawah pemerintahan Kerajaan BN tidak menikmati faedah berkhidmat secara keseluruhan. Umpamanya pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang diluluskan kepada setiap peminjam akan dikenakan bayaran faedah sebanyak 4 peratus setahun.

Sebaliknya pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan tidak mengenakan sebarang faedah ke atas pinjaman yang diluluskan kepada kakitangan Kerajaan. Syarat-syarat pinjaman juga dilonggarkan untuk memberikan faedah kepada seluruh kakitangan menikmatinya sebagai membalas jasa perkhidmatan mereka dengan kerajaan.

Inilah antara ciri perbedaan yang berlaku di bawah pemerintahan Islam PAS Kelantan dengan pemerintahan Kerajaan BN.

Selain daripada kemudahan pinjaman tanpa faedah, kakitangan berkenaan juga hanya bekerja 5 hari seminggu. Insentif lain yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan seandainya Kerajaan PAS berkuasa ke atas mana-mana negeri ialah tawaran bercuti 2 minggu kepada suami apabila isteri mereka bersalin, dan juga cuti bersalin yang dipanjangkan selama 90 hari kepada isteri yang bekerja.

Perkara ini diperjelaskan dengan terperinci oleh Ustaz Bunyamin Yaakub, semasa menyampaikan ceramah politiknya di Sg. Kepar, Simpang Empat, Semanggol, Perak beberapa hari lalu.

MINDA RAKYAT