Dalam perbicaraan yang lalu saya sudah menyentuh soal penyelamat kepada semua bangsa di dunia termasuk umat Islam di Malaysia iaitu Allah dan bukannya UMNO sebagaimana motto mereka UMNO TONGGAK NEGARA, PENYELAMAT BANGSA'.
Kali ini marilah kita perbincangkan apakah benar UMNO menjadi tonggak negara.
Tonggak bermaksud tulang belakang atau nadi. Dengan erti kata lain UMNO mendakwa mereka menjadi tulang belakang negara Malaysia atau nadi Malaysia. Apakah benar dakwaan itu?
Sesiapa pun boleh menjadi tonggak atau tulang belakang negara sekiranya mereka memerintah negara ini. Tetapi apakah dengan melaksanakan pembangunan yang hebat-hebat itu ertinya menjadi tonggak negara?
Pemimpin adalah tempat kita bergantung. Manakala parti yang mendasarkan kepimpinan seseorang pemimpin haruslah terlebih dahulu menjadi tonggak kehidupan pemimpin tersebut. Jika dasar sesebuah parti politik (terutama yang memerintah) tidak adil (tidak melaksanakan hukum hakam Allah) maka bagaimana untuk kita rakyat menggantungkan harapan dan seterusnya menjadi tonggak utama rakyat dan seterusnya negara?
Dalam siri lalu saya ada mengutarakan peringatan Allah yang bermaksud:
"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya dan lebih banyak bekas-bekas mereka (dari segala macam pembangunan dan istana), maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan sekali-kali mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah". -AlMukminun:21
Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun terhebat di zaman Firaun sebagai contoh atau zaman kerajaan Sabak, maka kesemua nilai fizikal pembangunan itu hancur luluh dan gagal menjadi tonggak negara masing-masing. Ini membawa erti kepada kita bahawa bukanlah pembangunan yang menjadi ukuran tonggak negara.
Justeru itu saya ingin membawakan pandangan, apakah UMNO membela ugama untuk menjadikan mereka 'tonggak negara'. Itu tentu jauh sekali. Sedangkan masjid yang mereka dirikan adalah hanya sebagai syiar Islam (lambang) manakan mereka adalah tonggak negara?
Jika benar sekali pun kita terhebat dan terhandal, apakah kita boleh dengan sewenang-wenangnya mengatakan kitalah jagoan dan tonggak kepada negara? Dengan bersikap sedemikian akan mendekatkan diri kita dengan sifat bongkak dan takabur. Allah memperjelaskan kepada kita kewajipan dan tanggungjawab kita kepada Allah dan sesama manusia sebagaimana firmannya:
"Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya. Dan berbuat baiklah kepada dua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil (musafir di jalan Allah) dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya, (iaitu) orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikanNya kepada mereka. Dan kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kufur (terhadap nikmat yang Allah kurniakan) siksa yang menghinakan. Dan juga menafkah harta mereka kerana riyak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itulah teman seburuk-buruknya" -AlMukminun:36-38
Demikian peringatan Allah berhubung kewajipan kita sesama manusia dan sekali-kali kita dilarang menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita lakukan. Tidak boleh ditayangkan ke seluruh dunia atau seluruh negara atau dipamirkan segala kehebatan yang kita miliki dan punyai. Adakah UMNO mengamalkan ciri-ciri ini?
Seterusnya Allah bertanya kepada golongan seperti ini dengan pertanyaan:
"Apakah kemudharatannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka. Dan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka" - AlMukminun:39
Gambaran Allah jelas kepada mereka yang diberikan kelebihan dan kurnia Allah. Kurniaan itu mungkin berupa kekuasaan, pangkat, kekayaan, cerdik, pintar dan sebagainya.
Kepada mereka yang kufur, sombong dan bongkak serta menolak peringatan Allah dalam konteks ini Allah memberikan mereka sebagaimana gambarannya bermaksud:
"Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: 'Maka jadilah kamu kera yang hina!" -AlAraaf:166
Demikianlah perumpamaan Allah terhadap orang yang suka menunjuk-nunjuk, takbur dan sombong. Peringatan Allah ini janganlah hendaknya kita memandang rendah dan memperlekehkannya.
Justeru itu marilah kita menolak propaganda UMNO TONGGAK NEGARA, PENYELAMAT BANGSA kerana tiada selain Allah penyelamat dan pelindung yang sebenar-benarnya dan kebanggaan dan tonggakan kita sebagai umat Islam ialah sebuah negara Islam yang mendaulatkan Islam dalam dasar pemerintahannya serta bersandarkan Al-Quran dan sunah nabi serta ijmak para ulamak.
Apa yang lebih tepat untuk menggambarkan UMNO selama 42 tahun memerintah negara ialah sebagai UMNO PELACUR NEGARA, PEMUSNAH BANGSA!