KELANTAN HARGAI SUMBANGAN KERAJAAN PUSAT

9 September, 1999

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri Kelantan sentiasa menghargai setiap bantuan dan sumbangan yang diberikan kerajaan pusat kepada rakyat dan negeri itu.

Ini jelas menolak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Kelantan pimpinan Pas tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap bantuan kewangan kerajaan pusat

Surat penghargaan dan terima kasih sudah dihantar kepada PM sebaik sahaja kerajaan Pusat menyatakan kesediaannya memberikan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta bagi mengatasi masalah air di Kelantan.

Katanya lagi beliau turut secara terbuka mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr Mahathir semasa persidangan video antara Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Nasional, BukitJalil baru-baru ini.

Tuan Guru berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir di Jengka, Pahang beberapa hari lalu bahawa kerajaan pusat sudah serik untuk memberi bantuan kepada kerajaan Pas di Kelantan kerana pemimpin parti itu tidak tahu bersyukur.


KEMBALI