BOLEH SENTUH POLITIK, BUKAN KEPARTIAN

 9 September, 1999

Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat menegaskan umat Islam boleh berbincang mengenai pelbagai isu semasa termasuk politik di masjid dan surau manakala imam juga boleh menyentuh perkara itu di dalam khutbah.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju aktiviti kepartian dijadikan bahan perbincangan dalam masjid dan surau, umpamanya perkara yang berhubung dengan aktiviti mana-mana parti politik, baik UMNO mahupun PAS.

Nik Aziz berkata orang ramai perlu faham bahawa "soal politik" dan "aktiviti kepartian" adalah dua perkara yang berbeza.

Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara politik dan agama, dan di dalam ajaran Islam kedua-dua bidang itu tidak boleh dipisahkan.


KEMBALI