AL-QURAN TIDAK BOLEH DIPELAJARI SECARA SEPINTAS LALU

9 September, 1999

Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat menegur segelintir umat Islam yang berpuas hati dengan sekadar mendengar bacaan Al-Quran secara sepintas lalu melalui kaset. Perbuatan sedemikian itu boleh dianggap sebagai menghina Al-Quran kerana menganggapnya setaraf dengan hiburan seperti nyanyian.

Beliau berkata budaya menjadikan bacaan Al-Quran sebagai aktiviti untuk mendapat berkat sahaja patut dielakkan kerana ia bercanggah dengan tujuan asal kitab suci diturunkan iaitu untuk dijadikan sumber kehidupan.


KEMBALI