DASAR PAS - UMNO JAUH BERBEDA

9 September, 1999

Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz berkata Pas sebenarnya bukan berlawan tubuh (individu tertentu) sebaliknya hanya tidak bersetuju dengan dasar yang terdapat di dalam UMNO, khususnya mengenai pelaksanaan Islam di negara ini.

Beliau berkata, sebagai buktinya beliaulah antara pemimpin di negara ini, walaupun daripada parti pembangkang, tetapi sentiasa teguh mempertahankan kedudukan Perdana Menteri semasa media dan pihak asing memintanya meletak jawatan dalam menghadapi kegawatan ekonomi negara.

Tuan Guru seterusnya berkata, kenyataan PM Mahathir supaya rakyat Kelantan memilih Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai menteri besar dan bukannya pemimpin Pas bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajan pusat kepada Kelantan boleh dianggap sebagai tidak demokrasi.

Katanya kerajaan Pas sekarang dipilih oleh rakyat dan parti itu juga mempunyai dasarnya sendiri.


KEMBALI