10 September, 1999
PM Mahathir seringkali mendakwa ada 'kuasa asing' yang mahu campurtangan dalam urusan negara ini, sebagai provokasi terhadap parti alternatif. Perbuatan PM Mahathir yang tidak bertanggungjawab itu jelas mahu mengikis keyakinan rakyat terhadap BA yang kini semakin teguh.
Semalam, semasa memberikan ucapannya di hadapan mahasiswa yang dikumpulkan di UKM juga, PM Mahathir mengulangi kata-katanya berhubung dengan campur tangan asing. Tetapi siapakah sebenarnya mengundang campur tangan asing?
"Adakah Tuan Guru kita pergi ke luar negara dan berjumpa sesiapa di sana? Adakah Presiden kita (PAS) ke luar negara untuk berjumpa pemimpin asing. Atau adakah Lim Kit Siang pergi ke sana (luar negara) menjemput kuasa asing? Siapa sebenarnya yang sering ke luar negara?", soal Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malek semasa menyampaikan ucapannya di Kg. Kuala Kuang, Chemor, malam tadi.
Jawapannya amat jelas bahawa PM Mahathirlah yang kini dikuasai 'orang asing' hinggakan soal dalam negara dijemput penasihat asing untuk campurtangan. Tindakan mendapatkan penasihat Yahudi, Soloman Smith Barney, adalah bukti bahawa Mahathirlah yang mengundang orang asing, tetapi mengapa pula mahu dinafikan oleh orang-orang UMNO?
Dalam ucapannya juga Dr. Khairuddin membayangkan bahawa Mahathir sengaja melakukan provokasi terhadap pakatan alternatif yang dilihat sudah menerima sokongan dan keyakinan rakyat kian menebal.