Kemerdekaan Negara Jika Hanya Untuk Allah

10 September, 1999

Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan bahawa sesebuah diri yang merdeka ialah apabila mana seseorang manusia itu berserah dirinya hanya kepada Allah, tanpa merasa takut kepada sesiapa sahaja.

Manakala sesebuah negara itu mencapai kemerderkaan jika semua rakyatnya menikmati perasaan sedemikian. Justeru itu, katanya, adakah rakyat negara ini merdeka sebagaimana yang dibayangkan itu?

Penjajahan minda merupakan penjajahan yang masih berterusan, walau pun penjajah sudah 42 tahun meninggalkan negara ini. Ini adalah kerana parti yang memerintah mengekalkan ciri-ciri penjajahan hingga rakyat berasa tidak selamat berada di bawah kerajaan sekarang.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian dalam Forum Perdana di Mahad Al Ummah, Chepor, Chemor bertajuk "Kemerdekaan Menurut Perspektif Islam". Beliau adalah ahli panel yang dijemput menggantikan Datuk Dr. Harun Din yang terikat dengan program sama, di tempat lain.

Kira-kira lebih 5,000 orang hadir di majlis tersebut yang menjelaskan konsep sebenar kemerdekaan.


KEMBALI