Ulama dan Pemimpin BA Macam 'Goreng Pisang Panas'

10 September, 1999

Menjelang pilihanraya atau pun tidak, namun hakikatnya selepas pemecatan DSAI dari kabinet dan UMNO, majoriti rakyat negara ini sudah membuka mata dan minda mereka terhadap kezaliman yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan BN, khususnya Dr. Mahathir Mohamad.

Berikutan itu satu demi satu para ulama negara ini menyatakan pendirian mereka tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman pemerintah. Ini terbukti penyertaan mereka dalam parti alternatif sebagai menyatakan hasrat mereka mahu berjihad menentang kezaliman kerajaan BN dan Dr. Mahathir sebagai pemimpinnya.

Parti Alternatif pula begitu sibuk mengadakan jadual siri ceramah, forum  perdana, ceramah umum, ceramah politik dan seumpamanya, sebagai memenuhi tuntutan rakyat yang dahagakan penjelasan sebenar para ulama setelah mereka tidak berpeluang lagi menyatakan kebenaran melalui TV dan radio, serta pelbagai media elektronik dan cetak yang mahu melindungi kezaliman pemerintahan kerajaan BN.

Kerap berlaku percanggahan waktu mengadakan ceramah hinggakan seseorang pemimpin BA itu (kini rata-rata diterajui ulama) menerima beberapa pelawaan dalam masa dan hari yang sama. Justeru itu ada yang terpaksa dipinda di saat akhir kerana keliru dengan jadual yang ketat.

Oleh itu rakyat perlu bersabar di atas perkara ini dan insyaAllah mereka yang berkenaan pasti akan menghadirkan diri untuk memenuhi permintaan rakyat di masa yang sesuai.


KEMBALI